Fenomena pembuangan bayi kini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini sebenarnye sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitakan pula dengan masyarakat melayu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku nye masalah ini. Faktor utama yang berlaku masalah ini ialah kurang kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutamanya belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Apabila didikan agama tidak ada, diransang pula dengan gambar-gambar lucah dan mengghairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu kepada masyarakat ada batasnya tetapi malu pada Allah SWT tidak ada batasnya.
Sunday, 31 March 2013
Kasih Seorang Ibu
Peranan ibu sebagai seorang pendidik, pengasuh dan pembentuk peribadi anak ketika di rumah sudah diketahui umum. Jasa dan pengorbanannya tidak berbelah-bahagi dalam membesarkan anak seawal dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Bak kata pepatah " selagi hayat dikandung badan, ibu pasti akan berusaha dengan bersusah payah untuk mencukupkan segala keperluan yang dipinta.
Ramai yang berkata, seorang ibu sanggup memelihara beberapa ramai anak pun, tetapi belum tentu anak yang ramai sanggup menjaga seorang ibu pada saat ibunya uzur. Islam melarang sama sekali perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa walau dengan apa cara sekalipun. Kedudukan ibu di angkat pada tahap yang mulia sehingga setiap perkataan yang keluar dari mulut anak seperti "ah" sahaja pun sudah di anggap berdosa.Untuk berbuat baik atau berbakti kepada ibu tidak perlu tunggu pada sambutan Hari Ibu sahaja kerana kita di tuntut untuk berbuat demikian sepanjang masa.
Isu Dadah Di Malaysia
Kenapa Malaysia terus menjadi pusat transit untuk pengedaran dadah? setiap hari ada saja berita tentang rampasan dadah yang melibatkan jutaan ringgit di negara kita serta penahan mereka yang terlibat sama ada individu mahupun kumpulan di kalangan rakyat tempatan dan warga asing. Berita seperti ini cukup memberi kesan dari segi aspek keselamatan dan kesihatan fizikal dan mental rakyat malaysia yang sememangnya amat perihatin mengenai apa yang berlaku di dalam negara. Kenapa negara ini menjadi pusat pengedaran dadah antarabangsa untuk memproses, mengedar dan memantapkan bisnes dadah mereka?mengapa? apakah jawapan kepada persoalan ini?. Soalan ini perlu dan mesti ada jawapan spesifik dan fokus agar sedikit sebanyak penyelesaian berkaitan dengannya dapat dihuraikan dengan efektif dan efisien.
Bahaya Rokok
Mungkin sudah bukan hal yang biasa lagi jika kita mendengar bahawa rokok sangat merbahaya bagi kesihatan manusia kerana sudah banyak peringatan dan pesan yang sering kita dengar mengenai bahaya rokok. Namun begitu, peringatan dan pesanan ini langsung tidak diendahkn oleh perokok.Ia bagaikan mencurah air ke daun keladi. Yang jelasnya. merokok akan mendatangkn mudarat kepada perokok dan orang yang disekeliling. Akibat dari asap rokok boleh mengundang pelbagai penyakit sehingga la membawa kepada kematian.
Saturday, 30 March 2013
Cara berpakaian menurut islam
Menutup aurat merupakan satu kewajipan kita sebagaimana yang difardhukan yang diketahui umum oleh semua umat islam samada lelaki mahupun wanita. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan nas dan dalil-dalil Al-Quran, hadist dan kesepakatan para ulama (ijma'). Aurat bagi lelaki ialah antara pusat ke lutut, manakala aurat wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka.
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan, Ancaman dan balasan Allah SWT terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah SWT. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintah-Nya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka. Gambar di bawah menunjukkan cara berpakaian bagi kaum wanita.
Friday, 29 March 2013
Apakah itu agama islam?
Islam adalah agama yang diperturunkan oleh Alllah SWT kepada Muhammad SAW sebagai wahyu terakhir(al-Quran) dan pelengkap lagi sempurna jika dibandingkan dengan agama-agama(wahyu-wahyu) yang datang daripada Allah SWT sebelum ini.
Islam adalah agama yang selamat,suci, sejahtera dan benar yang merangkumi cara kehidupan dan peraturan untuk dilaksanakan dalam penantian meneruskan kehidupan akhirat. Ia adalah agama yang diredhai oleh-Nya. Asas dalam agama islam ialah mengucap dua kalimah sahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Sebagai umat islam mesti lah berpegang teguh kepada rukun iman iaitu beriman kepada Allah SWT. beriman kepada para malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada para Rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada' & qadar.
Jurulatih bola sepak kebangsaan,Rajagopal bakal didakwa
Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan keatas ketua jurulatih skuad kebangsaan negara, Datuk K.Rajagopal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM. Berdasarkan Artikel 88,hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan keatas jurulatih itu yang didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.
Kelantan pamer momentum luar biasa
Kelantan berjaya menempah tiket ke suku akhir Piala FA. Kelantan merakamkan kemenangan besar 4-2 ke atas PKNS pada aksi penuh bertenaga pada 25 Mac lalu telah melayakkan diri mengisi slot 8 terakhir ke suku akhir Piala FA. Pemain bangkit mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan itu menjadikan perlawanan itu sangat menarik untuk disaksikan.Kelantan mula menunjukkan petanda bahawa juara treble pada musim lalu itu telah kembali ke landasan sebenar sebagai sebuah pasukan yang digeruni lawan.
Pada perlawanan itu,kelantan bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke4 menerusi rembatan cantik Faiz Subri. Kealpaan benteng PKNS terus dihukum apabila kapten kelantan, Piya bijak masuk ke dalam kotak penalti PKNS untuk menghasilkan gol kedua untuk kelantan pada minit ke7. Kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan PKNS telah menghadiahkan penalti buat kelantan yang telah disempurnakan oleh Obinna untuk gol ketiga kelantan pada minit ke28. PKNS menggandakan asakan sehingga berjaya mencari gol pertama menerusi Nizab Ayub. Namun, Kelantan kembali menjarakkan jurang apabila rembatan Indra Putra tertampan pemain PKNS menghasilkan gol keempat buat kelantan.
Bersambung babak separuh masa kedua, Kelantan gagal menambah jaringan gol. PKNS memperoleh gol saguhati di minit akhir perlawanan. Perlawanan berakhir dengan keputusan kemenangan 4-2 kelantan ke atas PKNS. Kelantan bakal berhadapan dengan pasukan Serawak pada perlawanan suku akhir nanti yang akan diadakan secara timbal balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)


