Bahaya rokok memang sudah diketahui oleh masyarakat umum berbanding manfaatnya. Rokok yang diperbuat daripada bahan utama iaitu daun tembakau telah dikenal oleh manusia sejak abad ke 16 oleh suku bangsa indian di Amerika untuk melakukan ritual. Kemudian dibawa masuk oleh bangsawan sepanyol ke eropah dan dibawa ke Turki sehingga masuk ke negara-negara Islam pada abad ke 17. Rokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Antaranya kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, strok, dan kemandulan. Hal ini kerana di dalam rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia yang terdiri daripada bahan racun iaitu tar, nikotin, karbon monoksida dan sebagainya.
Kesan-kesan merokok secara pasif
1. meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
2. masalah pernafasan termasuk radang paru-paru
3. sakit atau pedih mata
4. bersin dan batuk-batuk
5. sakit kerongkong
6. sakit kepala



.jpg)