Showing posts with label Dunia Sukan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Sukan. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Jurulatih bola sepak kebangsaan,Rajagopal bakal didakwa


Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan keatas ketua jurulatih skuad kebangsaan negara, Datuk K.Rajagopal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM. Berdasarkan Artikel 88,hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan keatas jurulatih itu yang didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

Kelantan pamer momentum luar biasa


Kelantan berjaya menempah tiket ke suku akhir Piala FA. Kelantan merakamkan kemenangan besar 4-2 ke atas PKNS pada aksi penuh bertenaga pada 25 Mac lalu telah melayakkan diri mengisi slot 8 terakhir ke suku akhir Piala FA. Pemain bangkit mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan itu menjadikan perlawanan itu sangat menarik untuk disaksikan.Kelantan mula menunjukkan petanda bahawa juara treble pada musim lalu itu telah kembali ke landasan sebenar sebagai sebuah pasukan yang digeruni lawan.
Pada perlawanan itu,kelantan bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke4 menerusi rembatan cantik Faiz Subri. Kealpaan benteng PKNS terus dihukum apabila kapten kelantan, Piya bijak masuk ke dalam kotak penalti PKNS untuk menghasilkan gol kedua untuk kelantan pada minit ke7. Kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan PKNS telah menghadiahkan penalti buat kelantan yang telah disempurnakan oleh Obinna untuk gol ketiga kelantan pada minit ke28. PKNS menggandakan asakan sehingga berjaya mencari gol pertama menerusi Nizab Ayub. Namun, Kelantan kembali menjarakkan jurang apabila rembatan Indra Putra tertampan pemain PKNS menghasilkan gol keempat buat kelantan.
Bersambung babak separuh masa kedua, Kelantan gagal menambah jaringan gol. PKNS memperoleh gol saguhati di minit akhir perlawanan. Perlawanan berakhir dengan keputusan kemenangan 4-2 kelantan ke atas PKNS. Kelantan bakal berhadapan dengan pasukan Serawak pada perlawanan suku akhir nanti yang akan diadakan secara timbal balik.